KKBBM : Bawa pelajar ke pentas peragaan fesyen

KKBBM : Bawa pelajar ke pentas peragaan fesyen

BACHANG 7 Feb. – Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) membawa hasil rekaan fesyen pelajarnya ke pentas peragaan fesyen bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang tersebut.

Timbalan Pengarah (Pengurusan) KKBBM, Tuty Farhida Sajat berkata, ia mampu direalisasikan setelah KKBBM menjadi semakin mantap dan berkembang pada masa ini.

Menurutnya, pelajar-pelajar kolej komuniti mempunyai bakat dan daya kreativiti yang tinggi dalam bidang rekaan fesyen.

“Malah, kemampuan mereka juga setara dengan pelajar di institusi pengajian yang lain.

“Pelajar KKBBM sentiasa memberi komitmen meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang rekaan fesyen,” katanya.

Tuty berkata demikian pada Pertunjukan Fesyen Pelajar semester akhir bagi Program Fesyen dan Pakaian, KKBBM di KipMart Bachang, baru-baru ini.

Seramai 26 pelajar semester akhir terlibat menghasilkan pakaian bertemakan busana perkahwinan ‘just married’.

Pada program itu, Anugerah Rekaan Terbaik dirangkul Nurul Fatiha Toserin, Anugerah Kekemasan Jahitan Terbaik (Sarah Shahirah Mohd. Shaharin), Anugerah Pameran Terbaik (Mawar Nurul Sa’adah Md. Zamri).

Selain, Model Lelaki Terbaik dirangkul Muhamad Rafiq dan Model Wanita Terbaik (Atikah Zamri).

Hadir sama, Ketua Program Fesyen dan Pakaian KKBBM, Noorazizah Abu.

CATEGORIES