Kongsi kepakaran : UTeM kukuh kerjasama berimpak bersama STMicroelectronic

Kongsi kepakaran : UTeM kukuh kerjasama berimpak bersama STMicroelectronic

DURIAN TUNGGAL 28 Feb. – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempergiatkan pelbagai usaha murni dan perkongsian kepakaran bersama pihak industri multinasional dan juga tempatan.

Rentetan itu, Pusat Hubungan Industri, Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) (PNC JIM) dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Penyelidikan (COE) dan Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) UTeM telah mengadakan lawatan kerja delegasi UTeM ke STMicroelectronic Sdn. Bhd. di Tanjong Agas Industrial Area, Muar, Johor, baru-baru ini.

Lawatan balas delegasi UTeM ke kilang itu diketuai Ketua Pusat Kecemerlangan UTeM, Prof. Datuk Dr. Abu Abdullah bersama Pengarah, Pusat Hubungan Industri, PNC JIM, Prof. Madya Dr. Kok Swee Leong, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof. Dr. Noreffendy Tamaldin serta beberapa pegawai kanan lain.

Sementara itu, Dr. Abu berkata, terdapat beberapa agenda dibincangkan untuk terus hasilkan output bersama.

Antaranya, berkenaan potensi terhadap kerjasama penyelidikan, program pascasiswazah, pembangunan makmal latihan dan makmal penyelidikan yang berkaitan dengan pembuatan di UTeM.

Ujarnya, turut dibincangkan mengenai program pembangunan Internet of Thing (IoT), pertandingan projek tahun akhir mahasiswa, latihan industri dan kebolehpasaran siswazah serta program staff attachment.

Terdahulu, UTeM dan STMicroelectronic Sdn. Bhd. telah menjalinkan hubungan baik sejak tahun 2017 selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang dihoskan oleh FKEKK di mana pelbagai manfaat bersama telah dikecapi hasil dari kerjasama strategik ini.

Antara output diperolehi bersama sebelum ini seperti penubuhan makmal IoT di FKEKK, CEO’s Talk, pertandingan projek IoT serta program berunsurkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak.

Rentetan pengisian lawatan ini, kesemua delegasi dari UTeM turut berpeluang melihat sendiri proses penghasilan cip elektronik dihasilkan STMicroelectronic Sdn. Bhd. di kilang itu terletak di lokasi yang sama.

CATEGORIES