Kota Fesyen dijenama Kota Tun Fatimah

Kota Fesyen dijenama Kota Tun Fatimah

AYER KEROH 20 Sept. – Kota Fesyen akan dijenamakan semula sebagai Kota Tun Fatimah bagi memberi peluang kepada usahawan wanita menjalankan perniagaan.

Ketua Menteri, Adlu Zahari berkata, penjenamaan semula itu akan diteliti semula oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan jabatan berkaitan.

Menurutnya, kawasan tersebut akan membuka ruang bagi usahawan wanita berniaga di lot-lot kedai milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang bertanggungjawab menguruskan kawasan tersebut.

“MPHTJ dan MARA akan bekerjasama memajukan kawasan lapang yang ada untuk perniagaan kecil-kecilan berkonsepkan ‘Booth’,” katanya dalam sidang media di Seri Negeri di sini, hari ini.

Kompleks Perniagaan Kota Fesyen Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC)telah dibuka sejak Mac 2009.

Kota Fesyen meliputi projek pembinaan 173 unit kedai dua tingkat di atas tanah berkeluasan 4.16 hektar dengan kos RM52 juta itu mula dibina pada Ogos 2007.

CATEGORIES