KPKT tumpu rumah PPR di bawah program Dasar Komuniti Negara

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menumpukan kepada Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dikendalikan oleh kementeriannya bagi peringkat pertama di bawah Dasar Komuniti Negara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata tahun ini sebanyak 20 kawasan PPR di beberapa negeri akan terlibat termasuk Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan.
Dasar Komuniti Negara yang dilancarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Feb lepas bertujuan mewujudkan komuniti yang mempunyai anggota masyarakat berdaya saing dan memiliki satu perasaan kebersatuan bagi membolehkan komuniti hidup dalam keadaan harmoni, sejahtera dan cemerlang.
CATEGORIES NASIONAL