KSM bincang isu sumber manusia bersama kakitangan awam

KSM bincang isu sumber manusia bersama kakitangan awam

AYER KEROH 17 Feb. – Pelbagai topik dibincangkan dan diberikan perhatian oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi memberi jaminan kesejahteraan dan keselamatan pekerja di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya akan mengambil maklum setiap isu berkaitan pekerjaan di negara ini khususnya sektor pemburuhan, perjawatan, majikan, perlindungan sosial dan keselamatan bagi tujuan penambahbaikan selari dengan perlaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Ujarnya, pelbagai isu lain turut diutarakan bagi diberi perhatian termasuk Dasar Sumber Manusia Negara (DSMN), Kajian Semula Tatacara Keharmonian Perusahaan (COC) dan Perlembagaan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC).

“Sesi ‘Townhall’ yang dianjurkan ini adalah sebagai salah satu platform kementerian mendapatkan pandangan pihak pemegang saham (stakeholder) melibatkan pelbagai aspek pengurusan sumber manusia.

“Pada program seperti ini dilihat mampu menjana penambahbaikan kerajaan melalui pelbagai aspek di negara ini.

“Malah dasar yang dibentuk kerajaan pada hari ini selaras dengan peralihan negara agar menjadi sebuah negara maju dimana rakyat menikmati kualiti kehidupan pekerjaan dengan labih baik,” katany.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sesi Townhall Bersama Kementerian Sumber Manusia di Hotel AMES, di sini hari ini.

Program yang berlangsung sekitar jam 8 pagi tadi telah menghimpunkan kira-kira 300 penyertaan membabitkan kakitangan awam di negeri ini.

Pelbagai topik dan perbincangan diutarakan pada sesi berkenaan bagi menjawab pelbagai persoalan berkaitan isu pekerjaan di negara ini.

CATEGORIES