KUIM & YADIM jalin kerjasama strategik

PUTRAJAYA 12 Feb. – Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) berhasrat menjadikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sebagai rakan strategik.
Rakan strategik tersebut menerusi penganjuran program-program yang berkaitan dengan bidang dakwah.
Terbaharu, KUIM melalui Institut Kajian Dakwah Nusantara (IKAD) bercadang bekerjasama dengan YADIM untuk menganjurkan Seminar Antarabangsa Pengajian Islam (ICoS 2019).
Menurut Pengarah (IKAD KUIM, Muhd Norazam Nordin, Seminar Antarabangsa Pengajian Islam 2019 (ICoS 2019) itu akan membawakan tema “Islam Rahmat Sekalian Alam”.
Katanya, ia selaras dasar yang cuba diterapkan oleh kerajaan kepada masyarakat ketika ini.
“Idea yang dibawa oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf) itu perlu dibawa kepada masyarakat dan perlu dilaksanakan secara menyeluruh berpaksikan.
“Manakala, objektif program ini bertujuan mendalami pemikiran dan pendekatan tokoh sarjana Islam dalam bidang Pengajian Islam bagi memartabatkan dan membuktikan keintelektualan tokoh-tokoh sarjana Islam dulu dan kini,” katanya.
Sementara itu, Naib Canselor KUIM, Prof. Dr. Radzai Said berkata, kerjasama pintar ini, sekali gus mengeratkan hubungan antara kedua-dua institusi Islam yang pastinya bakal memberikan manfaat.
“Selain itu, ICoS yang bakal dilaksanakan ini juga memperkenalkan inovasi-inovasi terkini dalam bidang Pengajian Islam.
“Serta menunjukkan terhasilnya inovasi tersebut adalah dari inspirasi ilmuan Islam dan keintelektualan para sarjana Islam,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Pengurusan Korporat, Zamzuri Abdul Majid; Timbalan Yang Dipertua YADIM, Zolkharnain Abidin; Pengurus Besar Operasi, Khairrul Fuad Samsudin serta para pegawai kanan YADIM dan KUIM.