Kutipan zakat sehingga 24 Oktober 2018, RM66.82 juta

Kutipan zakat sehingga 24 Oktober 2018, RM66.82 juta

AYER KEROH 26 Okt. – Kutipan zakat sehingga 24 Oktober 2018 ialah sebanyak RM66.82 juta berbanding tempoh sama 2017 iaitu sebanyak RM66.16 juta, sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak RM663,276.81 iaitu bersamaan satu peratus.

Zakat Melaka (ZM) dalam kenyataannya hari ini memberitahu, dalam tempoh sama tahun ini, bilangan pembayar zakat juga menokok sebanyak 2.19 peratus kepada 586,061 orang dari hanya 573,483 dalam tempoh sama tahun lepas.

Katanya, kutipan zakat harta di Melaka mencatatkan peningkatan kepada lebih RM62.9 juta bagi tempoh Januari hingga 24 Oktober berbanding RM62.32 juta dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Zakat pendapatan katanya, mencatat kutipan tertinggi iaitu lebih dari RM38.27 juta membabitkan seramai 33,320 pembayar zakat.

Manakala kutipan terendah melibatkan zakat pertanian iaitu RM24,221 melibatkan 84 pembayar zakat.

Menurutnya, selain itu zakat wang simpanan sebanyak RM10.52 juta telah dibayar oleh 5,725 pembayar di mana zakat perniagaan sebanyak RM12.83 juta.

Ia telah dilunaskan oleh 1,775 peniaga di mana zakat saham berjumlah RM693,614.41 dibuat melalui 352 pembayar.

Ujarnya, bagi zakat emas dan perak pula, sebanyak RM523,139.93 direkodkan dengan 837 pembayar, manakala zakat ternakan berjumlah RM30,715 membabitkan 21 pembayar.

CATEGORIES