Langkah atasi masalah tekanan air dilaksana

Langkah atasi masalah tekanan air dilaksana

AYER KEROH 21 Feb. – Kerajaan negeri sudah mengenalpasti kawasan yang dikategorikan kerap berlaku masalah tekanan air pada musim perayaan di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, langkah sewajarnya sedang dilaksanakan bagi mengatasi masalah berkenaan melalui Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

“Kita melalui SAMB membuat beberapa inisiatif bagi memastikan masalah tekanan air pada musim perayaan dapat diatasi.

“Kita terima banyak laporan bila musim perayaan, ada sebahagian kawasan kampung menghadapi masalah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Chamek Kopitiam MITC, di sini, hari ini.

Adly berkata, tekanan air bergantung kepada tahap takungan atau jenis paip air yang digunakan.

“Kalau musim raya biasanya penggunaan terlalu tinggi menyebabkan tekanan air menjadi rendah.

“Selalu kita lihat pada musim perayaan, memang di kawasan-kawasan tertentu akan berlaku kekurangan air dan tidak dapat disalurkan seperti pengguna mahukan,” katanya.

Antara kawasan terlibat, Taman Paya Emas, Kampung Paya Redan, Kampung Tiang Dua, Kampung Bukit Nibong dan Taman Peruna di Daerah Melaka Tengah.

Selain, Kampung Taboh Naning, Alor Gajah, Kampung Air Merbau, Kampung Ulu Gapis, Kampung Pondoi dan Kampung Tebong di Daerah Jasin.

CATEGORIES