Latihan kepimpinan dedah teknik berkomunikasi
Latihan membentuk jatidiri

AYER MOLEK 3 Mac – Seramai 60 peserta dari kalangan pemimpin muda Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Molek menyertai Program Latihan Khas Kepimpinan Siri 1/2020 di Hotel Tun Fatimah Riverside, baru-baru ini.
Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Jamsari Mariman berkata, program itu memberi impak besar kepada pemimpin-pemimpin pelajar SMK Air Molek.
“Peserta bukan saja didedahkan dengan asas kepimpinan, malah menguasai teknik berkomunikasi dan berpenampilan sebagai seorang pemimpin.
“Ini merupakan usaha proaktif membentuk jiwa pemimpin dalam diri pelajar di samping mengasah bakat mereka dalam pelbagai kemahiran seiring dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya.
Katanya, aspek kepimpinan murid merupakan elemen penting yang perlu diberi keutamaan dalam membentuk generasi muda yang berkerampilan.
“Terdapat 4empat slot yang disampaikan sepanjang program iaitu slot ice breaking and refleksi, slot spesifikasi kepimpinan, slot nujuman kendiri dan slot penampilan dan komunikasi.
“Latihan kepimpinan ini akan diteruskan bagi memastikan pelajar-pelajar ini mempunyai keyakinan diri untuk memimpin negeri atau negara di masa hadapan,” katanya.