Lebih 10,000 umat Islam banjiri Masjid Al-Azim ikuti ceramah Ustaz Somad

Semoga mendapat manfaat daripada ceramah Ustaz Somad

Lebih 10,000 umat Islam banjiri Masjid Al-Azim ikuti ceramah Ustaz Somad

BUKIT PALAH 6 Dis. – Kira-kira 10,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim malam tadi untuk mendengar ceramah agama yang disampaikan pendakwah terkenal dari Indonesia, Ustaz Dr. Abdul Somad.

Tinjauan mendapati, ribuan umat Islam mula membanjiri kawasan masjid terbabit sehingga membuatkan trafik di beberapa persimpangan sekitar kawasan berkenaan menjadi perlahan.

Program Ceramah Perdana bertajuk ‘Indahnya Hidup Bersyariat Manifestasi Dalam Kehidupan Seharian’ disampaikan selepas selesai Solat Isyak berjemaah di masjid negeri itu.

Umat Islam mula memenuhi pekarangan masjid dan Dataran Pusat Islam sebelum bermula solat maghrib lagi.

Program anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) itu turut disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook dan menerima lebih 60,000 tontonan dengan 1,600 dikongsi oleh pengguna laman itu

Sementara itu, rata-rata netizen menunjukkan maklum balas positif dengan berhasrat agar kerajaan negeri meneruskan program bermanfaat berkenaan pada masa akan datang demi pembangunan ummah.

CATEGORIES