Lebih 450 peserta jayakan Charity Fun Run 2019

Lebih 450 peserta jayakan Charity Fun Run 2019

DURIAN TUNGGAL 4 Mac – Lebih 450 peserta menyertai program ‘Charity Fun Run 2019’ yang diadakan di Durian Tunggal, Ahad lalu.

Program yang dirasmikan Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Low Chee Leong itu merupakan anjuran Malacca Hash House Harriers, Lion Club of Malacca dan Huang Association dan turut disertai Pengarah Urusan Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd, Datuk Garry Choo Kek Seng.

Ia dibahagikan kepada dua ketegori iaitu melibatkan 4 kilometer untuk peserta wanita manakala 12 kilometer bagi peserta lelaki di sekitar ladang kelapa sawit kawasan Durian Tunggal.

Dengan keadaan jalan yang tidak rata dan berliku, memberikan pengalaman baharu kepada peserta, malah dapat meningkatkan tahap berdaya saing untuk mereka menamatkan perlumbaan.

CATEGORIES