Lebih 5,000 jemaah hadir

Lebih 5,000 jemaah hadir

BUKIT PALAH 18 Jun – Lebih 5,000 jemaah hadir menunaikan solat sunat Aidil Fitri di Masjid Negeri di sini, 1 Syawal lalu.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd. Khalil Yaakob antara kenamaan yang hadir.

Turut hadir, Ketua Menteri, Adly Zahari; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Roslan Ibrahim serta Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri yang beragama Islam.

Hadir sama, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Halim Tawil serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Mohd Khalil bersama jemaah mendengar khutbah Hari Raya Aidilfitri yang disampaikan Imam Besar masjid negeri, Datuk Muhammad Hashim Al-Hafiz.

CATEGORIES