Lebih 900 peserta meriahkan Pandafun Run Walk and Ride

Lebih 900 peserta meriahkan Pandafun Run Walk and Ride

PROGRAM Pandafun Run Walk and Ride Run sejauh lima kilometer yang berlangsung di sekitar Stadium Hang Jebat semalam, meriah dengan kehadiran lebih 900 peserta.

Kesemua mereka yang mengambil bahagian dalam larian itu turut mengenakan baju berkonsepkan ikon patung panda.

Larian anjuran Soaran Management dengan kerjasama Perbadanan Stadium Melaka (PSM) itu turut dihadiri
Ahli Parlimen Tangga Batu, Dr. Rusnah Aluai yang juga perasmi majlis.

Turut hadir, Ketua pegawai Eksekutif PSM, Nick Yong Yoon Pin;

Sementara itu, risalah dan cecair pembersih tangan turut diedarkan bersempena kempen kesedaran susulan penularan wabak Covid-19 (koronavirus).

Dalam pada itu, Nick Yong berkata, program itu yang akan diteruskan pada masa depan susulan penyertaan yang menggalakkan.

Beliau dalam masa sama turut berharap, orang ramai lebih peka dengan situasi penularan wabak Covid-19 dan kekal bertenang.

“Berharap semua bertenang,lebih mementingkan kebersihan dengan kerap basuh tangan berasakan sabun atau alkohol.

“Jangan sebarkan maklumat yang salah dan tidak tepat. Sentiasa bersukan dan berfikiran positif,” katanya.

CATEGORIES