‘Let’s Biz’ ketengah bakat usahawan pelajar

‘Let’s Biz’ ketengah bakat usahawan pelajar

BUKIT BERUANG 23 Jan. – Karnival Keusahawanan ‘Let’s Biz’ Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) platform
pelajar mengetengahkan bakat dan kemahiran sebagai usahawan.

Pengarahnya, Jamalluddin Mohd Ali berkata, program siri pertama
berkonsepkan keusahawanan itu adalah pembuka tirai bagi tahun 2019.

Menurutnya, ia melibatkan penyertaan pelajar semester 2 dan 3 bagi program-program di KKBBM seperti program Hotel & Kulinari, program Fesyen & Pakaian, Servis Kenderaan Ringan dan program Teknologi Elektrik.

“Usaha ini dapat melatih pelajar menceburi bidang usahawan, sekali gus mempraktikkan kemahiran yang dipelajari di KKBBM.

“Saya meminta pelajar supaya ambil peluang yang ada dalam bidang perniagaan kerana ia memberi masa depan yang baik buat mereka,” katanya.

Katanya, pelajar dinasihatkan supaya mempelbagaikan kemahiran yang ada untuk menjadi insan yang berjaya dalam pelbagai cabang kemahiran.

Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu Kategori Pontential Biz dan Kategori 4P (Produk, Perletakan Harga, Promosi dan Pengagihan).

Bagi Kategori Potential Biz, johan dirangkul pelajar program Sijil Kulinari Semester 3 dengan produk Thaitatic Street Food – Nasi Padkraw.

Naib johan pelajar program Sijil Kulinari semester 3 (produk : Rice & Chick-Totilla Chicken Rice) dan ketiga pelajar program Sijil Operasi Perhotelan semester 3 (produk : Fantastic Entrerprise).

Manakala, Kategori 4P, johan dirangkul pelajar program Sijil Teknologi Elektrik semester 2 (produk Eat & Drink – Satey
kebab & Teh Ais Cincau), naib johan pelajar program Sijil Fesyen dan Pakaian semester 3 (produk Croccante – Nasi lemak ayam) dan ketiga pelajar program Sijil Servis Kenderaan (produk : Cendol
Bujang – Cendol).

CATEGORIES