LGBT tidak harus dimegahkan

LGBT tidak harus dimegahkan

SEBAHAGIAN hadirin yang hadir pada seminar tersebut.

BUKIT PALAH 16 Okt. – Budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) perlu ditentang sekeras-kerasnya oleh masyarakat.

Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Hanafi Sakri berkata, hukum dan peraturan dalam agama Islam tidak boleh ‘ditunduk dan di belakangkan’ hanya kerana ingin mengangkat makna kebebasan bersifat songsang yang berselindung di sebalik payung hak asasi manusia.

Menurutnya, bercakap mengenai gejala LGBT, ia tidak seharusnya megah dilaungkan sebagai hak setiap warganegara semata-mata, sebaliknya perlu juga diteliti mengenai hak dalam kelompok masyarakat

Katanya, fitrah kehidupan manusia yang normal ialah hidup berpasang-pasangan iaitu lelaki dengan perempuan seperti diciptakan Allah SWT.

“Perlakuan LGBT jelas haram dan bertentangan dengan ajaran Islam berdasarkan al-Quran serta hadis Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Hanifi berkata demikian semasa berucap mewakili Ketua Menteri, Adly Zahri di Majlis Perasmian Seminar Menangani Gelaja Sosial : Lesbian, Gay, Biseksual danTransgender (LGBT) di Auditorium Masjid Al Azim di sini, hari ini.

Hanafi memberitahu, jika dilihat dari perspektif yang lebih besar, budaya tersebut akan merosakkan sistem sosial dan sistem keluarga.

Ujarnya, budaya songsang itu bukan lahir dari kehendak yang normal, tetapi dibudayakan melalui cara hidup songsang yang terpesong jauh dari sistem kemanusiaan sejagat.

“Akibat pembudayaan negatif ini akan membawa kemusnahan sistem sosial dengan percanggahan nilai dan perkongsian adat budaya ketimuran,” ujarnya.

CATEGORIES
TAGS