‘LKIM akan memastikan program disasarkan kepada nelayan memberi impak’

‘LKIM akan memastikan program disasarkan kepada nelayan memberi impak’

BANDARAYA MELAKA 19 Feb. – Bekerja dalam satu pasukan dan penuh integriti dalam perkhidmatan adalah kunci kejayaan sesebuah organisasi, yang mampu melonjakkan nama negara.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, LKIM diberikan amanah untuk terus memberikan khidmat terbaik tanpa berbelah bagi.

“LKIM akan memastikan program dilaksanakan memberi impak kepada golongan sasar khususnya nelayan.

“Kita adalah tonggak atau pelaksana yang akan melaksanakan tanggungjawab tersebut.

“LKIM mampu menjadi agensi kerajaan terbaik dalam negara jika budaya kerja Cekap, Amanah, dan Peduli (CAP) diamalkan warga kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang LKIM 2020 di Hotel Ramada Plaza, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah LKIM Datuk Jamaluddin Othman dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LKIM, Untong Keri.

Jelasnya, tanpa pegawai yang berdedikasi dan amanah, LKIM tidak mampu menjayakan sesuatu program itu dengan cemerlang.

“Pembangunan modal insan perlu disi dengan rakyat yang bekerja dengan penuh kualiti.

“Justeru, wajar para pekerja hari ini dilengkapi ilmu dan kemahiran yang tinggi bagi meningkatkan produktiviti negara,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 102 kakitangan LKIM menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang memperoleh sijil penghargaan dan Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berjumlah RM1000

CATEGORIES