Low Heng FC juara Tampoi FC Cup 2019

Low Heng FC juara Tampoi FC Cup 2019

TAMPOI FC Cup 2019 yang dianjurkan 17 Februari lalu menjadi bukti arena sukan bola sepak negeri ini masih punyai pelapis berkualiti menerusi penglibatan dari 32 pasukan seluruh Negeri Melaka.

Pengarah program, Mohd Hafiz Abdul Karim berkata, edisi kedua yang dianjurkan tahun ini turut mendapat penyertaan dari Johor dan Negeri Sembilan.

Jelasnya, pada perlawanan itu, Low Heng FC telah dinobat johan dan membawa pulang wang tunai RM2,000, medal & piala pusingan.

“Manakala, Desa Bayu FC di tempat kedua, MPS FC di tempat ketiga dan NADSA FC di tempat keempat.

“Bagi memberi peluang kepada pasukan untuk bermain lebih banyak perlawanan, Tampoi Challenge Cup turut diadakan dan pasukan Alai Empira telah muncul juara dan membawa pulang wang tunai RM400 berserta medal, diikuti SIFC di tempat kedua,” katanya.

Hadir sama, Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

CATEGORIES