LPM & Delta Diversified meterai MoU

LPM & Delta Diversified meterai MoU

AYER KEROH 13 Feb. – Lembaga Perumahan Melaka (LPM) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Syarikat Delta Diversified Sdn. Bhd. bagi Projek Rumah Mampu Milik (RMM) di Taman Cheng Perdana.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, projek tersebut dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun bermula hari ini.

Menurutnya, pembinaan RMM itu melibatkan keluasan 0.81 ekar tanah di Lot 2775 Mukim Cheng Daerah Melaka Tengah.

“Projek perumahan ini melibatkan kira-kira RM4.2 juta meliputi 23 unit rumah iaitu 19 unit rumah teres setingkat ‘intermediate’ 24 x 55 dan rumah teres setingkat ‘corner’ 24 x 55.

“Harga jualan bagi seunit rumah teres setingkat ‘intermediate adalah RM180,000, manakala rumah teres setingkat ‘corner’ RM200,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Menandatangani Perjanjian antara Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dan Syarikat Delta Diversified Sdn. Bhd. di Seri Negeri, hari ini.

Adly memberitahu, bagaimanapun terdapat tawaran istimewa untuk bumiputera di mana sebanyak lima peratus diskaun buat mereka yang ingin memiliki kediaman tersebut.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hasan; Exco Industri, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Mohd Rafiq NaizamohideenPengarah Urusan Delta Diversified Sdn. Bhd., Tee Kai Loon dan Pengarah Eksekutif LPM, Saleh Mohd Dom.

CATEGORIES