Mahasiswa ISMADEC KUIM agih makanan percuma

Mahasiswa ISMADEC KUIM agih makanan percuma

KUALA SUNGAI BARU 28 Feb. – Kepimpinan Islamic Management and Development Club (ISMADEC) Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) mengambil inisiatif menyediakan makanan percuma kepada pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman KUIM.

Pengarah Program, Muhamad Afif berkata, program gerak gempur kebajikan mahasiswa ini dilaksanakan secara mengejut dan tiada sebarang makluman awal kepada golongan sasarannya.

“Semua ahli jawatankuasa kelab dibahagikan secara berkumpulan memasuki blok kolej kediaman serta mengedarkan makanan percuma kepada para pelajar.

“Program ini secara tidak langsung menjadi wadah kepimpinan ISMADEC untuk berjumpa dan mengeratkan ukhwah bersama pelajar,” katanya.

Katanya, program itu diadakan secara berterusan seiring dengan usaha daripada pihak pengurusan universiti dalam menjaga kebajikan pelajar.

CATEGORIES