Majlis Ramah Mesra DUN Merlimau meriah
Meriahnya!

MERLIMAU 7 Feb. – Majlis Ramah Mesra Tahun Baharu Cina 2020 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau disambut meriah oleh pelbagai lapisan masyarakat di kawasan berkenaan.
Turut memeriahkan majlis sambutan berkenaan ialah Penyelaras DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Alex Seah Shoo Chin.
Dalam ucapannya, Yuhaizad memanjat rasa syukur apabila sambutan majlis itu Ramah Mesra Tahun Baru Cina (TBC) Dun Merlimau yang berlangsung di Dewan SJKC Merlimau, malam tadi, berlangsung dalam suasana meriah dan lancar.
Menerusi kirimannya di Facebook, lebih 200 hadirin memenuhi dewan dan mereka yang hadir juga turut dipersembahkan dengan tarian naga.
Turut hadir para pemimpin masyarakat setempat dan ketua-ketua jabatan.
Pada majlis itu, Yuhaizad turut menyampaikan angpau kepada kanak- kanak yang turut sama memeriahkan majlis.