Majlis serah tugas di IPD Jasin

JASIN 1 Feb. – Satu majlis Serah dan Terima Tugas Jawatan Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Ibu Pejabat Polis (IPD) Jasin telah dijalankan di antara Inspektor Wan Nor Izatul Akmar Wan Ismail dengan Penolong Penguasa Polis (P/ASP) Fadila Mohd Nor di Balai Polis Jasin, hari ini.
Jawatan Ketua Bahagian Pengurusan Daerah sebelum ini disandang ASP Mohamed Suleiman Kasad yang bersara pada umur 60 tahun.
Ia kemudiannya diserahkan kepada Inspektor Wan Nor Izatul (Inspektor Perkhidmatan/Perjawatan IPD Jasin) selepas Mohamad Suleiman bersara.
Bagaimanapun hari ini, Fadila telah diberikan kepercayaan menggantikan Wan Nur Izatul sebagai Ketua Bahagian Pengurusan Daerah yang baharu.
Majlis disaksikan Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Arshad Abu bersama Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, anggota dan Pegawai Awam IPD Jasin.