Majoriti remaja ketagih pornografi

Majoriti remaja ketagih pornografi

AYER KEROH 1 Feb. – Mengikut Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM5), lebih 60 peratus remaja memperoleh akses pornografi menerusi internet.

Manakala, 35.8 peratus dari telefon pintar, 20 peratus daripada cakera padat (CD) dan cakera padat video (VCD) lucah dan 10.7 peratus daripada bahan bercetak.

Penolong Pengarah Kanan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Melaka (family coach), Mohd Zakri Rihan berkata, peratusan itu hasil kajian ibu bapa yang membenarkan anak-anak bermain gajet.

Katanya, mengikut rekod ia melibatkan remaja dalam kalangan umur 13 hingga 17 tahun (29.9 peratus) dan 18 hingga 24 tahun (42.8 peratus).

“Kita perlu hadkan aplikasi yang dimuat turun oleh anak-anak bagi menyekat akses pornografi tersebut.

“Tanpa pengawasan ibu bapa, mereka dengan mudah mendapatkan akses pronografi itu kerana masa mereka lebih kepada media sosial setiap hari,” katanya ketika dihubungi MelakaKini (MK).

Menurut sumber, penduduk di negara ini mencatatkan pencarian bahan pornografi tertinggi di Asia Tenggara melibatkan hampir 20,000 bahan negatif itu dimuat naik dan turun setiap hari.

CATEGORIES