Malakat Mall intai cawangan kedua di Masjid Tanah

AYER KEROH 13 Feb. – Sebuah pusat beli-belah dengan jenama Malakat Mall, bercadang membuka cawangan kedua di Masjid Tanah, selepas cawangan pertamanya mula beroperasi secara rasmi di Cyberjaya, Mac depan.
Perkara itu dimaklumkan, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) menerusi satu kenyataan ke MelakaKini, baru-baru ini.
Sehubungan itu, perbincangan mengenainya telah diadakan Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Ir. Ridhuan Abu Bakar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall Sdn. Bhd., Mohd Fadzil Hashim.
Jelas kenyataan itu lagi, antara perbincangan yang dibuat turut membabitan pemasaran produk usahawan tempatan khususnya membabitkan Negeri Melaka.
“Perbincangan dua hala bagi mempelawa dan menarik minat pihak Malakat Mall untuk membuka cawangan di Melaka.
“PKNM juga turut berbincang mengenai kerjasama bersama pihak Malakat Mall bagi menyediakan peluang perniagaan serta meluaskan lagi pasaran produk-produk usahawan Negeri Melaka untuk dipasarkan,” kata kenyataan berkenaan.