Martabatkan seni kaligrafi

Martabatkan seni kaligrafi

BANDAR HILIR 21 Jan. – Seni kaligrafi merupakan kebudayaan masyarakat Cina yang perlu dimartabatkan.

Exco Kesihatan dan Antidadah, Low Chee Leong berkata, ia penting kerana sudah wujud sejak beribu tahun dahulu.

Menurutnya, bukan ketika meraikan perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) sahaja, sebaliknya ia perlu dilakukan dari semasa ke semasa.

“Saya yakin menerusi program dan aktiviti diadakan ini, ia dapat membantu meluaskan lagi kewujudan seni ini.

“Selain itu, ia juga menjadi medium terbaik memperkenalkan kaligrafi kepada generasi muda,” katanya pada Majlis Penulisan Kaligrafi Sambutan Tahun Baharu Cina 2019 di Persatuan Teo Chew di sini, Jumaat lalu.

Hadir sama, Pengerusi Sim Mo Yu Muzium, Prof. Foo Yong Gang; Pengerusi Program, Sim Bak Jee dan Bendahari Program, Low Hoon Yong.

Pada majlis itu, Chee Leong turut memberi peruntukan kepada persatuan terlibat sebanyak RM11,000.

“Sumbangan tersebut merupakan tanda terima kasih di atas usaha mereka kerana menjayakan pelbagai program melibatkan seni budaya masyarakat Cina,” katanya.

Antara yang menerima peruntukan itu adalah Persatuan Teo Chew, RM3,000, Pusat Dialisis Buah Pinggang Bachang, RM3,000, Sim Mow Yu Muzium, RM2,000, Tokong Confucius, RM2,000 dan Chinese Orchestra, RM1,000.

Sementara Yong Gang turut membeli tulisan kaligrafi yang dihasilkan Chee Leong bernilai RM1,000 dan ia akan disumbangkan kepada Pusat Dialisis Buah Pinggang Bachang.

CATEGORIES