Maszlee balas ‘troll’ Najib

Maszlee balas ‘troll’ Najib

 

MENTERI Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini membalas ‘troll’ yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Facebook semalam.

“Kalau kita tak guna duit rakyat untuk membeli BIJAN, beg tangan Hermes dan segala cincin berlian kepada isteri dan keluarga, pendidikan percuma hari ini boleh kita kecapi,” kata Maszlee menerusi satu hantaran Facebook rasmi miliknya.

Maszlee menambah RM42 bilion yang ditelan 1MDB boleh menampung kos pendidikan percuma berkualiti dari peringkat tadika hingga universiti ijazah pertama beserta makanan dan pengangkutan percuma kepada semua pelajar untuk empat tahun.

“RM2.6 bilion boleh selesaikan isu sekolah daif di Sabah dan Sarawak dan boleh selesaikan masalah bekalan elektrik di sekolah-sekolah pedalaman,” jelasnya.

Semalam, Najib menyindir Maszlee yang menyifatkan pendidikan di Malaysia “hampir percuma” dan kerajaan akan mengekalkan yuran universiti rentetan kenyataan Maszlee di Parlimen.

CATEGORIES
TAGS