Mat Zan ganti Elavarasan ?

Mat Zan ganti Elavarasan ?

MOHD Yusoff

KETUA Jurulatih Melaka United (MU), E.Elavarasan mungkin menerima nasib sama digugurkan seperti Mat Zan Mat Aris dan Eric Williams akibat kekurangan dana musim depan.

Selepas menempuhi laluan berliku musim ini, Elavarasan yang menamatkan kempen Liga Super di tangga ketujuh mungkin dikekalkan, jika bersetuju dengan dengan bayaran yang lebih rendah.

Pengurus Pasukan MU, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) berkata, MUSA juga telah mempunyai beberapa calon yang akan mengendalikan MU musim depan, jika Elavarasan menamatkan khidmatnya bersama pasukan.

“Kita ada beberapa calon, termasuk bekas Ketua Jurulatih MU, Mat Zan Mat Aris dan akan mencadangkan ia dalam mesyuarat MUSA nanti, sebelum diputuskan Presiden MUSA, Adly Zahari.

“Saya tidak menolak Mat Zan berada dalam radar MUSA ketika ini, bagaimana pasukan baharu yang akan dibentuk bergantung kepada bajet musim depan,” katanya.

MUSA juga tidak bercadang mendapatkan khidmat jurulatih import musim depan dan akan menumpukan pencarian terhadap jurulatih tempatan.

“Kena lihat faktor kesesuaian juga, dengan bajet yang terhad, saya tidak nampak MU memerlukan khidmat jurulatih import buat masa ini.

“Jika bukan Elavarasan, sesiapa sahaja boleh, asalkan jurulatih tempatan dan salah satu pilihan yang ada ialah Mat Zan,”

Mat Zan menerajui Melaka muncul juara Liga FAM 2015, Liga Perdana 2016 sebelum diganti Eric Williams.

 

CATEGORIES
TAGS