Melaka akan perbaiki tahap keselamatan jalan raya

Melaka akan perbaiki tahap keselamatan jalan raya

JASIN 24 Jan. – Ketua Menteri, Adly Zahari akan memeriksa jalan utama di negeri ini termasuk, Lebuh Raya Utara Selatan yang dilaporkan tidak mempunyai lampu jalan dan mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Adly berkata, langkah itu antara yang sedang diusahakan bagi menggelakkan kejadian sama kemalangan maut melibatkan pasangan suami isteri di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) yang gelap dan menjadi antara penyumbang insiden berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri akan berbincang dan akan memuktamadkan aspek pencahayaan demi keselamatan pengguna bersama pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melibatkan lebuh raya di kawasan Melaka.

“Bukan saja di Lebuh AMJ tetapi di beberapa kawasan lain yang gelap dan antara yang sedang kita beri fokus adalah Lebuh Raya Utara Selatan.

“Terutamanya, selepas Senawang hingga ke Melaka itu tidak ada lampu jalan dan itu antara aspek yang diambil kira, bukan sahaja jalan negeri tetapi lebuh raya juga.

“Kita akan berbincang bersama pihak PLUS dan akan muktamadkan selepas perjumpaan terhadap beberapa aspek utamanya lampu jalan dan keselamatan pengguna,” katanya.

CATEGORIES
TAGS