Melaka bantu usahawan pasar produk ke luar negara

Melaka bantu usahawan pasar produk ke luar negara

ADLY melawat pameran di majlis tersebut.

BANDAR HILIR 28 Sept. – Kerajaan negeri akan sentiasa memberikan sokongan kepada usahawan dan komited bantu memasarkan produk mereka ke pasaran luar negara.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, ia memberi peluang untuk meningkatkan pertumbuhan, mengembangkan pekerjaan dan mempercepatkan inovasi.

Menurutnya, kerajaan negeri juga sentiasa komited dan berusaha memperkasa kaum wanita agar golongan itu berjaya membina keluarga dan karier.

“Ianya bagi membantu golongan wanita dan Kota Fesyen akan dijenamakan semula sebagai Kota Tun Fatimah bagi memberi peluang kepada usahawan wanita berniaga,” katanya.

Adly berkata demikian ketika berucap di Majlis Usaha Sama Perniagaan (JBC) IMT-GT dan Forum Peluang Perniagaan (BOF) 2018 di Double Tree by Hilton Hotel Melaka di sini, hari ini.

Program IMT-GT itu diadakan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri IMT-GT Ke-24 yang akan berlangsung pada 28 September hingga 3 Oktober 2018.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Usaha Sama Perniagaan Malaysia IMT-GT, Datuk Faudzi Naim Noh.

CATEGORIES
TAGS