Melaka berusaha manfaat bangunan ‘gajah putih’

Melaka berusaha manfaat bangunan ‘gajah putih’

BANDARAYA MELAKA 24 Okt. – Kerajaan negeri sedang berusaha memanfaatkan semua bangunan-bangunan ‘gajah putih’ untuk dimanfaatkan kepada rakyat.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, bangunan-bangunan gajah putih harus dipulihkan kerana ia memberi gambaran terhadap imej Negeri Melaka.

Menurutnya, salah satu projek yang dilihat kini seolah-olah menjadi projek gajah putih adalan bagunan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang terbiar.

Katanya, nangunan dengan lot kedai adalah bangunan SDSI. Dari namanya bolehlah kita anggap ia mungkin dibina untuk mempromosi produk desa atau industri desa. Namun bangunan ini dilihat berdiri teguh tanpa penghuni di dalamnya.

“Justeru itu, saya akan cuba mencadangkan kepada agensi berkaitan atau pemilik bangunan ini untuk memanfaatkannya,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial miliknya.

CATEGORIES
TAGS