Melaka dalami potensi mangga Melaka, lebih RM8.7 juta BAP ringankan beban pelajar

Melaka dalami potensi mangga Melaka, lebih RM8.7 juta BAP ringankan beban pelajar

JASIN 24 Jan. – Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Perbadanan Bioteknologi Melaka (MBC) untuk mengeksploitasi potensi sebenar mangga Melaka sebagai produk Melaka.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, perkara itu antara dibincangkan semasa mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam.

Katanya, perkara itu yang terletak di bawah portfolio Exco Pertanian Dan Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee akan melibatkan modul baru penanaman pokok berkenaan.

“Berhubung buah mangga ini, Melaka pernah beberapa penjenamaan dan projek berhubung buah ini akan diteruskan dan sedang bekerjsama dengan FAMA dan MBC untuk menggerakkannya, disamping menghasilkan benih mangga terbaik.

“Kawasan baru juga sedang dikenalpasti (penanaman pokok mangga Melaka), disamping kawasan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Bekoh di sini sebentar tadi.

Adly berkata, kerajaan negeri akan berusaha meringankan beban ibu bapa menerusi sumbangan yang disampaikan.

Jelasnya, sehingga Oktober 2018, lebih RM8.7 juta peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah disampaikan melibatkan 87,187 pelajar di negeri ini..

“Melaka Tengah mencatatkan penerima teramai dengan bilangan 47,307 penerima, diikuti, Alor Gajah (22, 863 penerima) dan Jasin (17, 017 penerima).

“Kerajaan negeri akan berusaha meringankan beban pelajar dan ibu bapa melalui bantuan-bantuan disediakan,” katanya.

CATEGORIES
TAGS