Melaka dipilih British sebagai Bandar Pintar Masa Depan

Melaka dipilih British sebagai Bandar Pintar Masa Depan

ADLY mengadakan pertemuan dengan Duta British, Vicki Treadell CMG, MV, baru-baru ini.

BANDARAYA MELAKA 17 Okt.- “Negeri Melaka telah dipilih British sebagai Bandar Pintar Masa Depan,” kata Ketua Menteri, Adly Zahari.

Katanya, pemakluman pemilihan Melaka itu dimaklumkan kepada beliau semasa kunjungan hormat ke Kedutaan British dalam pertemuan dan perbincangan dengan Dutanya, Vicki Treadell CMG, MV, baru-baru ini.

“Dalam pertemuan itu, kami membincangkan peranan geran bandar pintar antarabangsa berjumlah £1.8 billion yang sebahagiannya boleh dimanfaatkan di Melaka.

“Selain itu, kami turut membincangkan berkaitan projek ‘pedestrian city’, ‘electric vehicles’ dan ‘tourist to energy’.

“Pada masa sama, Melaka Smart City Advisory Council akan mengadakan perbincangan lanjut bagi merealisasikan matlamat tersebut,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

CATEGORIES