Melaka pantau harga barang Februari depan

Melaka pantau harga barang Februari depan

BATU BERENDAM 21 Jan. – Melaka akan memulakan pemantauan harga barangan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2019, awal Februari depan.

Exco Perpaduan, Sumber Manusia, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Hal Ehwal Pengguna negeri, G. Saminathan berkata, penguatkuasaan juga akan dilakukan bagi mencegah pencatutan harga dilakukan mana-mana individu atau pasar raya menjelang perayaan itu.

“Kita minta semua peniaga ikuti harga siling yang ditetapkan dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang berdegil.

“Pemantuan ketat di pasar raya dan beberapa kawasan turut akan diketatkan dan jika, pengguna mendapati ada peniaga yang ingkar boleh menghubungi nombor agensi terlibat,” katanya.

Saminathan berkata, pengumuman mengenai siling harga barang akan dibuat selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) mengumumkannya dalam masa terdekat.

“Kita ini masih belum menerima senarai barang harga dari KPDNKHEP dan akan memberitahunya selepas diumumkan nanti,” katanya.

CATEGORIES