Melaka pertahan kejuaraan Muaythai Remaja Kebangsaan kali ke-2

KONTINJEN Melaka diwakili atlet Muaythai Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas beraksi cemerlang selepas menggondol lima pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa.
Kesemua pingat itu dirangkul pada Kejohanan Muaythai antara Sekolah dan Remaja peringkat Kebangsaan 2019 yang berlangsung sejak 21 hingga 24 Februari lalu di South City Plaza, Sri Kembangan.
Kejayaan itu sekali gus mempertahankan kejuaraan dipegang kontinjen Muaythai Melaka bagi kejohanan sama tahun
lalu di Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan kutipan empat pingat emas, enam perak dan lapan gangsa.
Pingat emas disumbangkan oleh Che Wan Saiful (51kg sekolah), Muhammad Shamsul Bahrin (57kg remaja), Muhammad Hairie (48kg remaja), Mohammad Haikal Shahzman (51kg remaja) dan Nur Atiqah Zainun (60kg remaja) yang turut dinobatkan Atlet Wanita Terbaik Kejohanan Kategori Remaja 18 hingga 21 tahun.
Manakala pingat perak pula disumbang oleh Muhammad Zulkarnain (60kg remaja), Afifaiman Hamidi (81kg remaja), Muhammad Daniel Yusri (67kg remaja).
Diikuti, sumbangan pingat gangsa oleh Mohammad hafiz azmi (48kg remaja), Mohd Hasrul Fadzin (60kg remaja) dan Raja Muhammad Nazrul Raja Abrahim (54kg remaja).
Kejayaan mempertahan kejuaraan itu turut diluahkan Penyelaras Muaythai Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Ketua Inspektor Penjara Wan Mohd Alwi Wan Md. Nor.
Mohd Alwi mengucapkan tahniah kepada semua atlet yang bersungguh-sungguh mengekalkan momentum kemenangan.
Sementara itu, Persatuan Muaythai Negeri Melaka turut berkongsi kegembiraan dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kontinjen Melaka mengekalkan pencapaian tahun lalu.