Melaka peruntuk hampir RM70,000 untuk membina Balai Raya Kampung Kolam

Melaka peruntuk hampir RM70,000 untuk membina Balai Raya Kampung Kolam

KESIDANG 27 Feb – Sejumlah RM69,327.74 diperuntukkan kerajaan negeri bagi membina Balai Raya Kampung Kolam, Limbongan khusus buat masyarakat di kawasan itu melaksanakan aktiviti.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kawasan itu sebelum ini merupakan tapak bangunan lama yang ditinggalkan hampir 10 tahun.

“Saya percaya, selepas ini penduduk setempat dapat mengadakan sebarang aktiviti dan program dengan lebih selesa di balai raya ini.

“Antaranya mesyuarat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) , program Amanah Ikhtiar, kelas tuisyen dan aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Balai Raya Kampung Kolam, Limbongan sempena Lawatan Kerja Ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, hari ini.

Ujarnya, diharap penduduk dapat menggunakan kemudahan yang disediakan itu dengan berhemah.

“Kemudahan awam adalah hak milik bersama, sudah pasti kita sebagai masyarakat bertanggungjawab untuk menjaganya,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Allex Seah Shoo Chin.

CATEGORIES