Melaka susun semula posisi penting

Melaka susun semula posisi penting

AYER KEROH 17 Jan. – Kerajaan negeri sedang melakukan penyusunan semula posisi tertinggi beberapa jawatan awam di beberapa agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dijangka selesai Mac depan.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, setakat ini beberapa jawatan telahpun ditukar, antaranya posisi Datuk Azmi Hussain sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) diganti bekas YangDipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Mansor Sudin.

Katanya, posisi Mahani Masban yang juga Yang Dipertua MPHTJ akan diggantikan dengan seorang individu yang dipinjamkan dari Kementerian Pendidikan.

“Azmi akan memulakan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Amanah Melaka, manakala jawatan Mahani di Perbadanan Pembangunan Sungai & Pantai Melaka (PPSPM) masih belum ditetapkan.

“Antara yang ditukar turut melibatkan Pegawai Daerah dan Tanah Melaka Tengah, Datuk Anis Ali Hassan yang akan dipindahkan ke Jasin bermula Mac depan,” katanya.

Adly berkata, penyusunan semula itu adalah langkah supaya perkhidmatan Melaka kekal cemerlang setiap masa.

Pada masa sama, memastikan rakyat Melaka sentiasa mendapat manfaat terbaik.

Berikut adalah laporan penuh penyusunan dilakukan kerajaan negeri dan penyusunan semula ini membabitkan beberapa pegawai kerajaan negeri.

1. (Berkuat kuasa pada 1 Mac 2019) Datuk Anis Ali Hasan @ Mohd Yasam, Pegawai Daerah Melaka Tengah ditukar ke Pegawai Daerah Jasin.

2. Shamsul Ambia Abdul Aziz, Pegawai Daerah Alor Gajah ke Pegawai Daerah Melaka Tengah.

3. (Berkuat kuasa pada 1 Feb 2019) Mohd Yusof Abu Bakar, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Jabatan Kewangan & Perbendaharaan Negeri Melaka ditukar ke Setiausaha Bahagian Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka.

4. Rahizi Ranom, Setiausaha Bahagian Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka ditukar ke Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Jabatan Kewangan & Perbendaharaan Negeri Melaka.

BERKUAT KUASA 1 FEBRUARI 2018

1. Datuk Azmi Hussin yang kini Datuk Bandar MBMB ditukar ke Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Tabung Amanah Melaka.

2. Mansor Sudin dilantik sebagai Datuk Bandar MBMB.

3. Mohd Rafee Ibrahim dilantik sebagai Yang Dipertua, MPHTJ setelah proses peminjaman selesai.

CATEGORIES
TAGS