Melaka tuan rumah Piala Dunia Kabaddi 2019

Melaka tuan rumah Piala Dunia Kabaddi 2019

TINGGAL hanya 47 hari sahaja lagi sebelum Melaka menjadi tuan rumah Kejohanan Piala Dunia Kabaddi 2019 yang akan disertai 34 negara di seluruh dunia di kawasan Perkampungan Portugis, di sini, pada 6 hingga 14 April depan.

Pengerusi penganjur, S. T. Arasu berkata, kejohanan tersebut akan melibatkan lebih 759 atlet dan akan mempertandingkan acara quadrant (berempat) dalam satu kumpulan.

“Dalam kejohanan ini nanti, terdapat 49 pasukan secara menyeluruh terdiri dari 32 pasukan lelaki dan 17 pasukan wanita.

“Pemilihan Melaka sebagai lokasi untuk menjadi tuan rumah kejohanan berprestij ini dilihat dapat merancakkan lagi Tahun Melawat Melaka (TMM) 2019, sekali gus menjadikan Kabaddi yang pada asalnya adalah permainan tradisional kaum India diangkat menjadi satu sukan olahraga bertaraf antarabangsa di tempat yang bersejarah ini,” katanya pada sidang media Kejohanan Piala Dunia Kabaddi 2019, di Hotel Temasek, di sini,  tengah hari tadi.

Jelasnya, Kejohanan tersebut juga akan diadili lebih daripada 50 pengadil bertauliah dari seluruh dunia.

CATEGORIES