Melaka Wonderland tawar kad keahlian kepada pengunjung

Melaka Wonderland tawar kad keahlian kepada pengunjung

ANTARA tarikan di Melaka Wonderland yang menyediakan pelbagai tarikan kepada pengunjung.

AYER KEROH 5 Okt. – Taman Tema dan Resort Melaka Wonderland menawarkan kad keahlian bernilai RM100 untuk masuk percuma tanpa had bagi tempoh setahun kepada pengunjungnya yang diperkenalkan sejak Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Wonderland, Seow Cheng Swee berkata, kad keahlian itu menyediakan pelbagai keistimewaan kepada pengguna

Antaranya, diskaun sebanyak 10 peratus untuk menyertai semua aktiviti kepada mereka jika membawa 10 rakan atau ahli keluarga sebagai pengunjung.

Selain itu katanya, pelanggan juga berpeluang menikmati potongan diskaun 20 peratus bagi menyertai pelbagai aktiviti di taman tema tersebut.

“Kad keahlian ini bertujuan memberi keistimewaan kepada pengunjung Melaka Wonderland kerana selain menjimatkan kos bayaran masuk, pelbagai ganjaran boleh diperolehi.

“Ini termasuk hadiah kek hari kelahiran percuma, tiket permainan ‘double tube’ untuk seorang serta pakej makan tengah hari kepada pengunjung yang menyambut kelahiran dalam tempoh tujuh hari sebelum atau selepas tarikh mereka.

“Melaka Wonderland yang mula beroperasi sejak 2010 kini menawarkan 10,000 tiket percuma ke taman tema itu menerusi program ‘Cuti-Cuti Riuh Sakan@Melaka Wonderland’ anjuran bersama Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia pada 13 Oktober ini.

“Penerima tiket berkenaan berpeluang menghadiri dan memeriahkan Konsert Mini Kumpulan Utusan pada tarikh tersebut yang menyediakan barisan artis popular tempatan.

“Selain penganjuran beberapa pertandingan melukis untuk kanak-kanak dan studio pameran,” katanya.

Menurut Cheng Swee, orang ramai yang berminat untuk mendapatkan kad keahlian boleh datang sendiri ke Melaka Wonderland di Lebuh Ayer Keroh atau berhubung menerusi talian 06-231 3333, e-mel di enquiries@melakawonderland.com.my atau di laman web www.melakawonderland.com.my.

Ujarnya, selain 10 jenis aktiviti gelongsor yang disediakan di taman tema itu, pihaknya cuba mempelbagaikan aktiviti untuk bagi kepuasan kepada pengunjung.

“Melaka Wonderland menyediakan 10 aktiviti gelongsor, antaranya tornado chaser, lazy & crazy river, 1 big wave’ dan adventure island menerima kunjungan pelancong dalam dan luar negara kira-kira 300,000 setiap tahun.

“Taman tema ini juga menyediakan aktiviti gelongsor seperti kamikaze racer, pony ride, family jollies, crazy slides, anaconda twister, wave ri­der dan telah menerima sejumlah 200,000 pengunjung sejak awal tahun ini sehingga bulan lalu.
“Harga bagi menyertai aktiviti pedal boat adalah RM25, diikuti tiket untuk tube ride RM20, manakala aktiviti memberi makan ikan dan arnab dikenakan bayaran RM8 setiap seorang.

CATEGORIES