MelakaKini : Sampaikan berita berkualiti buat pembaca

MelakaKini : Sampaikan berita berkualiti buat pembaca

AYER KEROH 30 Jan. – Penjenamaan berita bergantung sejauh mana penyampaian maklumat itu disampaikan kepada pembaca selain memberi nilai yang berkualiti.

Perbadanan Ketua Menteri (CMI), Jamzuri Ardani berkata, dengan adanya kualiti berita yang baik ia mampu meningkatkan penghasilan berita lebih mudah difahami.

Katanya, akhbar MelakaKini (MK) sebagai media rasmi kerajaan negeri menjadi kepentingan khususnya dalam konteks
menyampaikan maklumat dalam negeri ini.

“Kita perlu bersama membantu dan berbincang untuk menjadikan MK akhbar terbaik menyampaikan berita kepada pembaca.

“Justeru, kita perlu ambil peluang bersama tingkatkan keperluan buat MK untuk terus fokus menyampaikan maklumat,” katanya.

Jamzuri berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kunci Pejabat Editorial baharu dan Studio Melaka TV di sini, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MK, Burhanuddin Othman; kakitangan CMI, Juriati Jaafar dan
Aziz Md. Nayi.

CATEGORIES