Menjelang TBC : Orang awam disaran isi & serah borang maklum balas terusi VSP

Menjelang TBC : Orang awam disaran isi & serah borang maklum balas terusi VSP

AYER KEROH 30 Jan. – Orang ramai dinasihat mengambil langkah-langkah pencegahan jenayah sebelum meninggalkan rumah dan presmis menjelang musim perayaan.

Ianya melalui penyerahan borang maklum balas balik kampung ke balai polis yang berhampiran atau menerusi aplikasi ‘volunteer smartphone patrol’ (VSP).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited bekerjasama bagi meningkatkan amalan pencegahan jenayah dalam kalangan
masyarakat dengan memastikan keselamatan harta benda sempena Tahun Baharu Cina (TBC).

Ketua Polis Melaka, Deputi Komisioner Datuk Wira Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, PDRM akan melaksanakan pemantauan dan rondaan di rumah dan premis berdasarkan maklum balas
pergerakan yang diberikan.

“Dalam mengatasi masalah di musim perayaan ini, rangkaian masyarakat setempat perlu sentiasa bekerjasama dengan mengawasi kejadian yang berlaku di sekitar kawasan mereka.

“Ianya dengan melaporkan aktiviti-aktiviti serta individu yang mencurigakan kepada pihak polis,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian OP Selamat 14, Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Rumah Selamat, di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), petang tadi.

Katanya, sejak pelaksanaan VSP, rangkaian masyarakat setempat perlu sentiasa bekerjasama dengan mengawasi kejadian yang berlaku di sekitar kawasan mereka dengan melaporkan aktiviti-
aktiviti serta individu yang mencurigakan kepada pihak polis.

Jelasnya, pada tahun 2017, pihak polis menerima sebanyak 83 maklum balas dari orang ramai dan jumlahnya meningkat
kepada 108 maklum balas.

Tambahnya, tahun lalu, tiada kes pecah rumah dan premis terlibat dilaporkan dan hingga hari ini, polis Melaka menerima 32 maklum balas pergerakan melalui VSP.

CATEGORIES