Mesyuarat Agung Puspanita Kali Ke-37 : Kena pandai imbangkan masa – Khalijah

Mesyuarat Agung Puspanita Kali Ke-37 : Kena pandai imbangkan masa – Khalijah

AYER KEROH 24 Jan. – Puspanita Melaka terus aktif mencorak dan merancang aktiviti-aktiviti berfaedah demi manfaat bersama ahli dan masyarakat.

Pengerusi Puspanita negeri, Datin Seri Khalijah Ahmad berkata, komitmen dan kesungguhan tersebut ditunjukkan barisan ahli jawatankuasa Puspanita dalam melaksanakan aktiviti sepanjang
tahun lalu.

“Saya harap semua ahli Puspanita pandai imbangkan masa kerana ada di antara kita menggalas tanggungjawab sebagai ibu, isteri, anak dan pekerja.

“Selain itu, aktiviti-aktiviti merangkumi aspek keagamaan,  pendidikan, ekonomi, kebajikan, sosial, sukan dan kesihatan
akan diteruskan pada tahun ini di bawah kepimpinan Pengerusi Puspanita cawangan negeri yang baharu,” katanya.

Beliau yang akan melepaskan jawatan Pengerusi bermula bulan hadapan berkata demikian di Majlis Perasmian Mesyuarat
Agung Puspanita Cawangan Negeri Kali Ke-37 di Dewan Seri Negeri di sini, hari ini.

Katanya, pelbagai cabaran dihadapi untuk melaksanakan aktiviti-ativiti dirancang sepanjang tahun lalu kerana kesibukan menyelesaikan tugasan hakiki masing-masing.

“Tidak mencapai objektif sekiranya aktiviti dijalankan tidak mendapat sambutan, saya berharap semua ahli lebih prihatin
menyalurkan dan mendapatkan maklumat untuk keistimewaan sebagai ahli Puspanita Melaka,” jelasnya.

Lebih 550 ahli berdaftar hadir di majlis tersebut di mana Puspanita negeri punyai ahli seramai 3,826 orang merangkumi  daerah
Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Hadir sama, Penaung Puspanita Cawangan negeri, Dalilah Awaludin dan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap
Penasihat Puspanita Cawangan negeri, Datuk Seri Roslan Ibrahim.

CATEGORIES