Mesyuarat post-exco pelancongan bincang & rangka aspek pelancongan

Mesyuarat post-exco pelancongan bincang & rangka aspek pelancongan

AYER KEROH 3 Jun – Mesyuarat jawatankuasa post-exco pelancongan di Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Tourism Melaka Khamis lalu antara lain membincangkan mengenai program-program pelancongan yang bakal dirangka pada masa akan datang.

Mesyuarat bermula jam 2.30 petang dipengerusikan Exco Pelancongan, Warisan & Kebudayaan, Muhammad Jailani Khamis itu turut membincangkan kerelevanan program-program yang akan dianjurkan di bawah portfolio itu dalam pelbagai aspek.

Menurutnya, mesyuarat itu juga mengingatkan ketua-ketua jabatan di bawah seliaan jawatankuasa pelancongan, warisan dan kebudayaan negeri agar merangka satu program yang terbaik di mana program berkenaan dapat memberikan manfaat kepada seluruh warga Melaka.

CATEGORIES