Meter pintar jimat hingga 15 peratus

Meter pintar jimat hingga 15 peratus

BANDA HILIR 4 Jun – Seramai 310,000 pelanggan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) di Melaka dijangka menikmati penjimatan elektrik antara 10 hingga 15 peratus menerusi pemasangan meter pintar yang dijangka selesai akhir tahun ini.

Pengarah (Projek Bil Pintar) Bahagian Rangkaian Pengedaran TNB, Datuk Ir. Mohandass S. Nair berkata, sehingga kini TNB telah memasang 3,250 meter pintar di Melaka.Katanya, angka pemasangan itu akan meningatkan kepada 50,000 pemasangan dalam tempoh sebulan hingga siap sepenuhnya akhir tahun ini.“Banyak kebaikannya, penguna bukan saja dapat melihat tetapi boleh mengawal pengunaan elektrik dengan terperinci setiap 30 minit di portal laman web.
“Penjimatan elektrik antara 10 hingga 15 peratus dapat dirasai, bergantung pada penggunaan,” katanya.

Mengulas lanjut, tiada kos akan dikenakan terhadap pengunaan ekoran penukaran meter berkenaan.

“Segalanya akan ditanggung TNB, tiada kos akan dikenakan cuma pengguna hanya perlu berada di rumah untuk melihat ketepatan meter,” katanya.

Hadir sama, Ketua Menteri, Adly Zahari dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Roslan Ibrahim.
Sementara itu, Adly berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan inisiatif TNB yang dilihat mampu merealisasikan misi mencapai pengurangan 40 peratus pelepasan karbon.

“Melaka terkenal dengan visi teknologi hijaunya dan perkara ini menambahkan makna kepada negeri dan rakyat untuk berjimat dan memastikan Melaka kekal mapan,” katanya.

CATEGORIES