Mohd Khalil hadir Iftar Ramadan PDRM

AYER KEROH 5 Jun – Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob hadir pada Majlis Iftar Ramadan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Melaka di Surau Seri Temenggong, Perumahan Polis Seri Temenggong, Isnin lalu.
Hadir sama, Ketua Menteri, Adly Zahari; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad; Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri serta para pegawai kanan dan anggota PDRM.
Ketua Polis Melaka, Datuk Abd. Jalil Hasan dan Adly turut menyambut ketibaan Mohd Khalil kira-kira jam 7 petang di perkarangan Surau Seri Temenggong.
Mohd Khalil serta hadirin turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih yang dipimpin Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.
Pada majlis tersebut, Adly turut menyampaikan sumbangan PDRM Melaka kepada wakil Rumah Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah Bukit Katil dan Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Pantai Puteri.