Mohd Khalil rasmi DGR 2018


ANTARA motosikal Chopper yang menyertai DGR 2018.
BANDARAYA MELAKA 3 Okt. – Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob telah merasmikan program The Distinguished Gentleman’s Ride (DGR 2018) di Kampung Hulu di sini, baru-baru ini.
Program berlangsung dari 29 hingga 30 September lalu dianjurkan pihak Straits Werks & Cafe dalam menyokong usaha kempen Tahun Melawat Melaka 2019.
Lebih 500 buah motosikal berkuasa besar dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia & Thailand telah menyertai DGR 2018 pada kali ini.
Selain motosikal berkuasa besar, turut serta dalam program itu adalah motosikal antik, Chopper dan lain-lain.
Turut hadir, Exco Pelancongan , Warisan dan Kebudayaan, Muhammad Jailani Khamis.