MPJ sampai sumbangan kepada kakitangan asnaf

JASIN 12 Feb. – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah melaksanakan program Penyampaian Sumbangan ‘Back To School’
kepada kakitangan asnaf MPJ di sini, baru-baru ini.
Seramai 40 kakitangan MPJ terdiri golongan asnaf terpilih menerima bantuan tersebut yang disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Majlis penyampaian ringkas bantuan itu telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPJ, Mustaffa Ali dan turut dihadiri Setiausaha MPJ, Farhan Abdul Rahim; Pengarah Khidmat Pengurusan dan
Perkhidmatan, Nur Farah Liza Omar dan Pengerusi Anulae Kawasan Jasin, Amirudin Ab. Hamid.
Menurut Mustaffa, objektif utama penganjuran program itu bertujuan membantu kakitangan yang memerlukan, sekali gus merapatkan hubungan sesama warga kerja.
“Kita ada kerjasama yang cukup rapat dan paling penting adalah meraikan mereka yang memerlukan bantuan seperti ini. Tidak semua penjawat awam hidup senang dan ada kalanya mereka perlu
dibantu.
“Alhamdulillah, kita mendapat bantuan dari MAIM. Ini satu permulaan yang baik kerana hubungan baik antara sesama
rakan sekerja dan majikan perlu berterusan,” katanya.
Dalam pada itu, Mustaffa berkata, program seumpama ini akan diadakan lebih kerap bagi merapatkan lagi ikatan silaturahim sesama warga kerja dan membantu mereka yang memerlukan.