MPUTeM sedia sumbang kepakaran

MPUTeM sedia sumbang kepakaran

DURIAN TUNGGAL 16 Okt. – Majlis Profesor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (MPUTeM) telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Exco Perindustrian, Pedagangan dan Pelaburan Negeri, baru-baru ini.

Kunjungan ke atas Exco, Mohd Rafiq Naizamohideen itu dilakukan bersama Ketua Pusat Kecemerlangan universiti tersebut diketuai Pengerusi MPUTeM, Prof. Datuk Dr. Abu Abdullah.

Kunjungan itu turut diiringi lima wakil delegasi UTeM yang bertujuan merapatkan ukhuwah di antara pemimpin kerajaan terkini bersama MPUTeM.

Sementara itu, Abu Abdullah berkata, selain itu kunjungan juga bertujuan berkongsi pandangan di samping menawarkan kepakaran Profesor Akademik UTeM bagi perkara berkaitan dalam teknologi perindustrian semasa.

Katanya, perkongsian pandangan dan pendapat itu diharap dapat membantu meningkatkan lagi kerancakan sektor perindustrian, perdagangan dan pelaburan Negeri Melaka sebagai negeri maju berteknologi tinggi.

Delegasi UTeM yang mengiringi dalam kunjung hormat itu ialah Dekan Pusat Pengajian Siswazah UTeM, Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim; Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi, Prof. Ir. Dr. Marizan Sulaiman; Prof. Ir. Dr. S. Kenneth.

Hadir sama, dua Pengurus Pusat Kemerlangan UTeM iaitu Prof. Madya Gs. Dr. Asmala Ahmad dari Centre for Advanced Computing Technology (C-ACT) dan Prof. Madya Ir. Dr. Gan Chin Kim dari Centre for Robotics & Industrial Automation (CeRIA).

CATEGORIES
TAGS