MUA laksana aktiviti amal bantu anak yatim

MUA laksana aktiviti amal bantu anak yatim

BANDARAYA MELAKA 17 Feb – Malaysia Top Make Up Artist (MUA) mengambil inisiatif menganjurkan The Songket Night 2020 bagi menyalurkan sumbangan kepada anak yatim di negeri ini.

Wakil penganjur program, Reza Mohamed berkata, hasil penjualan tiket itu disalurkan kepada Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam, Telok Emas.

“Selain melibatkan 30 peserta untuk merebut gelaran juara The Songket Night 2020, program ini juga mampu memartabatkan busana songket yang menjadi pakaian bangsa Melayu.

“Ini juga usaha amal MUA seluruh Malaysia dalam membantu golongan memerlukan khususnya anak-anak yatim,” katanya kepada MelakaKini.

Program tersebut dihadiri seramai 300 MUA seluruh Malaysia yang disempurnakan Ahli Parlimen Tangga Batu, Dr. Rusnah Aluai.

Pertandingan busana tersebut juga bagi mencari pereka busana, tatarias dan peragawati pilihan menggayakan rekaan songket.

CATEGORIES