MUSA rai pengadil bola sepak

PENGADIL veteran, Suhaizi Shukri menerima Anugerah Pengadil Kebangsaan Terbaik disampaikan Bendahari Kehormat Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA),Yuhaizad Abdullah.
Selain Suhaizi, Mohd Zairul Khalil Tan turut dinobat Penolong Pengadil Kebangsaan Terbaik , diikuti Mohamad Norisa Rameli bagi Anugerah Pengadil Negeri Terbaik.
Dalam pada itu, Sharul Ridzwan Shamsul Hadi dianugerahkan Anugerah Pengadil Berpotensi diikuti, Anugerah Pengadil Aktif disampaikan kepada Mohd Syafiq Mutthu Abdullah.
Kesemua mereka menerima anugerah tersebut, pada Malam Anugerah Pengadil Bolasepak Melaka 2018/2019 anjuran MUSA di Hotel Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Menurur Yuhaizad, majlis itu dilaksana bagi menghargai jasa para jurulatih mengendalikan bola sepak di pelbagai peringkat sama ada dalam Melaka atau pun luar negeri.
“Pengadil adalah golongan berkelayakan dan terlatih bagi mengendalikan perlawanan di pelbagai peringkat bagi memastikan setiap perlawanan berlangsung adil dan telus.
“Majlis seperti ini wajar diteruskan bagi mereka jasa mereka dan melahirkan lebih ramai pengadil bola sepak berkualiti pada masa depan, katanya.
Pada majis itu, kira-kira 50 pengadil kelahiran Melaka telah diraikan.