MUSA tagih semangat pemain ke-12

MUSA tagih semangat pemain ke-12

PERSATUAN Bolasepak Melaka United (MUSA) menagih semangat pemain ke-12 bagi aksi ketiga Liga Super Melaka United (MU) berdepan Pahang, di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.

MUSA menamakan skuad Tok Gajah dan Harimau Selatan sebagai pencabar utamanya musim ini, selepas melihat potensi pemain berpengalaman yang membarisi slot Ketua Jurulatih MU, Zainal Abidin Hassan.

“Penyokong setia Skuad Hang Tuah, jangan ketinggalan menyaksikan pertembungan menarik ini, ayuh beramai-ramai kita ke Stadium Hang Jebat untuk memberikan sokongan padu buat pasukan kita.

“Mainkan peranan kita sebagai pemain ke -12 dalam memastikan momentum kemenangan Melaka United berterusan sekali gus menumbangkan Skuad Tok Gajah yang juga juara Piala FA musim lalu di ‘Bumi Hang Tuah’ pada perlawanan ini,” jelas kenyataan MUSA di laman sosial Facebooknya, 10 Februari lalu.

MU mencatatkan kemenangan dua kali berturut ketika bertemu PJ City di laman sendiri, diikuti kemenangan kedua di laman lawan ketika berkunjung ke gelanggang PKNS FC.

oleh: Fuad Ramdan

CATEGORIES
TAGS