MUSA tumpu kebajikan pemain

MUSA tumpu kebajikan pemain

KEBAJIKAN pemain akan dijadikan teras kecemerlangan Melaka United (MU) musim ini dalam membentuk pasukan yang seimbang.

MUSA sebelum ini mengakui berdepan masalah kewangan hingga berlaku kelewatan dalam membayar gaji pemain yang tertunggak diikuti dakwaan penolong jurulatihnya yang mendedahkan masih belum menerima gaji bagi November 2018.

Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Adly Zahari berkata, kegagalan menjaga elemen itu akan menjejaskan prestasi pasukan dan merosakkan reputasi MU.

“Dalam membina pasukan yang baik perlu wujudnya keseimbangan dan kebajikan adalah antara aspek utama, bukan soal gaji semata-mata.

“Jika tidak dijaga, saya fikir ia (pasukan) akan gagal dan MUSA telah mengambil kira faktor ini dari sejak awal lagi dan yakin ia boleh diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media selepas menandatangani empat pemain import baharu MU menjelang saingan Liga Super yang bermula 2 Februari depan.

Pemain terbabit ialah, bekas pemain import tengah Kedah, Liridon Krasniqi; pemain pertahanan dari Korea Selatan, Jang Suk-Won; pemain tengah dari Montenegro, Darko Markovic dan penyerang dari Brazil, Anselmo Casagrande.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Pengendali MU, Zainal Abidin Hassan.

CATEGORIES
TAGS